Friday 26 August 2011

My 1st Entry.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalammualaikum.

Hai semua, waa macam tak percaya aku dah ada blog. hehe. First sekali aku nk ucapkan terima kasih la kepada someone tu yang telah membakar semangat aku untuk create blog aku sendiri. Yaa laa, laki mcm aku ni mana la nak layan blog-blog ni semua, dah la malas nak baca ni kan pulak nk menulis? Eh, terkutuk diri sendiri ka?Tak la. Tapi tu la diri aku. Aku ni bukan suka sangat nk membaca semua ni, tapi apabila telah mengenali si dia atau lebih dikenali dengan gelaran si comey(bukan nama sebenar) aku jadi macam bersemangat pulak nak baca blog semua ni. Hehe. Kadang-kadang tu aku pulak yang terlayan blog, over dari si comey tu (aku tak tau la betol ka tak, sebab si comey tu yang bagitau kat aku, aku lagi over pada dia). Anyway Thank A Lot yaa si comey oleh sebab awak, saya dengan rajinnya membuat blog ini, so my 1st entry ni is for you. :)

Hmm, mula-mula sekali biar la saya cerita serba sedikit tentang diri saya ni. Maklum la orang baru dalam bidang ni, nama diberi Ahmad Azmer Bin Meerasa, boleh panggil saya ahmad pun boleh, azmer pun boleh, mer bley gak, mey mey pun boleh gak ( tapi tak dak kena mengena antara yang hidup dan yang dah telah mati). Berusia 20 Tahun 6 hari. Anak kelahiran Pulau Pinang, dan sekarang menetap di Pulau Mutiara. Rasanya cukup la kot takat tu. Kalau nak tau apa-apa lagi boleh la tanya ek, takmau la cerita lebih2 sebab entry ni untuk si comey tu... :)

Okey. Sekali lagi terima kasih kepada si somey. Hehe. Kisahnya bermula mcm ni. Pada suatu hari, tengahari mcm tu la kalau tak silap aku, sedang aku membaca blog si comey tu (tapi bukan stalker) haha. Tiba-tiba terasa mcm nk komen ja kat entry dia tu. Tapi aku takdak blog sendiri plak. Macam tak best la komen. Padahal boleh ja nak komen kat si comey tu direct terus sebab time tu dia ada ja kat situ. Pastu di tambahkan lagi dengan si comey tu suruh aku baca entry blog The Other Khairul pastu terus rasa mcm syok la plak, best2, rancak pun ada. Haha. Sejak dari time tu la aku mula create blog aku dengan senyap-senyap tanpa pengetahuan si comey tu. Hahaha. Kononnya nk buat surprise kat si comey tu la katakan. Tiba-tiba aku ada kerja yang nk kena buat. So aku pun biarkan la laptop aku bersendirian dengan blog aku sekerat jalan baru buat. Aku pun pi la buat kerja tu dalam keadaan geram( sebab blog takdan siap lagi) haha.

Tengah asyik aku buat kerja aku, tiba-tiba ada msg masuk. Rupa-rupanya si comey tu nak balik dah, okeyh la aku pun reply la msg tu. Pastu dalam beberapa minit kemudia masuk lagi satu msg. Aku pun dengan rilex nya membuka dan membaca msg tersebut. Rupanya si comey tu membalas msg aku tadi lebih kurang berbunyi mcm ni la msg dia, "Okeyh, Thank. Ada orang tu baru buat blog. haha :-)" tiba-tiba aku terkejut, eh macam mana dia dah tau plak. Takdan aku nk wat surprise kat dia, dia wat surprise balik kat aku. haisy. Wakenabeb!! Terkejut bercampur geram aku rasa. haha.

Sekembalinya aku kat laptop aku, terus aku tak bersemangat nak sambung edit blog aku sebab tujuan utama aku dah tak menjadi. sob2. Sedih pun ada gak. Haha. Saja nak buat teruk sat. Sekarang baru la aku nak buat 1st entry blog ni, disebabkan selepas aku create blog ni aku pun blurr apa yang aku nk tulis. Haha. Maklum la, orang baru mana terer lagi tulis-tulis entry ni. Ni pun dah merapu macam-macam dah. Harap sesiapa yang mengenali diriku ini memberi komen kat 1st entry aku ni, supaya aku boleh memperbaiki kelemahan aku dari semasa ke semasa. Terutamanya kepada si comey tu, jangan lupa plak nk komen naa.. Hehe..
Sekali lagi nk cakap jugak, Thank Si Comey....

Sekian daripada saya,

Happy Always.. :)

5 comments:

  1. hahah. eceh, nak buat suprise tp xjd. kesian. mana boleh lawan tok guru kan.. hahah. wekk :p

    p/s: ok ja tulis blog. sedap ja baca. hehe. tambah2 part 'comel' tu :)

    ReplyDelete
  2. uit2~ meh nak komen sikit. hehe.
    okay, aku jeles hg pnggil dia se comey, sebab aku tau sapa si comey tu ~_^
    haha! keep it up bro. semoga dpt dekatkan diri dgn junior, GAPP especially bila dah ada blog nih. org lebih mudah tau kita ni mcm mana.
    n cara hg menulis ni, mmg aku tau ini hg punya gaya n cara.

    ReplyDelete
  3. Nurul Marlina : elleh, seb bek ja tu. tidak kalau dah jadi dah surprise tu. haha. ok ek my 1st entry? haha..

    ReplyDelete
  4. Nabilah Najmuddin: haha. jeles ka? jangan ar jeles nabilah. okeyh, tapi aku baru ja buat blog ni.
    ok x cara aku menulis? ka ko?

    ReplyDelete